Langganan Data Internet

Terdapat 2 Jenis Data Internet Onexox

  • DATA STANDARD PACKAGE (Data pada harga biasa)
  • DATA SEASON PASS (Data pada harga pukal dan boleh di simpan mengikut tempoh aktif)

Cara Membeli/Langganan Data Standard

  • Pastikan kredit mencukupi untuk membuat langganan jika tidak, sila tambah nilai terlebih dahulu.
  • Dail *150# CALL >> pilih nombor 1.Check Balance , untuk semak baki kredit
  • Dail *150# CALL >> pilih nombor 3.Internet >> pilih pakej data standard yang anda mahukan.
  • Setelah langganan berjaya buka sms taip DATA AR OFF hantar ke 22111 untuk menghentikan langganan automatik.

Pakej Data Standard

  1. RM3 : 1GB/24Hours
  2. RM10 : 2GB/7Days
  3. RM12 : 500mb/30Days
  4. RM15 : 1GB/30Days
  5. RM25 : 2GB/30Days
  6. RM30 : 5GB/30Days
  7. RM50 : 10GB/30Days

Cara Membeli Data Season Pass

  • Pastikan kredit mencukupi untuk membuat pembelian jika tidak, sila tambah nilai terlebih dahulu.
  • Dail *150# CALL >> pilih nombor 1.Check Balance , untuk semak baki kredit
  • Dail *150# CALL >> pilih nombor 6.Season Pass >> pilih pakej Season Pass yang anda mahukan.
  • Setelah pembelian berjaya anda masih belum boleh menggunakan data/internet, anda perlu aktifkan kuota Data/Internet yang ingin digunakan selebihnya boleh disimpan sehingga tempoh aktif simkad anda.
  • Cara aktifkan Data/Internet Season Pass, Dail *150# CALL >> pilih nombor 3.Internet >> pilih nombor 2.Subscribe from season pass >> pilih kuota yang ingin anda aktifkan.
  • Setelah pengaktifan data season pass berjaya, buka sms taip DATA AR OFF hantar ke 22111 untuk menghentikan langganan automatik.
  • Jika kuota data yang anda aktifkan tadi habis sebelum sampai tempoh luput, anda boleh aktifkan lagi baki data season pass yang masih ada sehingga habis.
  • Perhatian! Baki Data Season Pass Luput mengikut tempoh aktif simkad tetapi Data Season Pass yang di aktifkan mengikut Kuota yang diaktifkan contohnya 30hari baki data aktif yang tak digunakan akan hapus selepas 30hari dari tarikh aktif.

Pakej Data Season Pass

  1. RM100 : 20GB
  2. RM150 : 30GB
  3. RM250 : 50GB